Hutan Paya Air Masin


Di Malaysia, terdapat beberapa kawasan hutan paya air masin, iaitu :

a) Larut Matang di Perak;
b) sebahagian pantai Kuala Selangor;
c) pantai Samarahan - Sadong di Sarawak;
d) bahagian Delta Labuk - Sugut di Sabah;
e) Taman Negara Tanjung Piai di Johor.

Pokok Nipah Paya Air Masin

Hutan ini tumbuh subur di kawasan pinggir laut yang berlumpur, terlindung daripada pukulan ombak, dan sering mengalami air pasang dan surut.

Paya Bakau di Lumut, Perak


Hutan ini adalah malar hijau, ditumbuhi pokok bakau (jenis bakau api-api, bakau kurap dan bakau minyak), nipah, lenggadai, tumu merah, gelam, ramin, jongkong dan nibung. Batang pokok bakau tumbuh lurus. Ranting dan daun pokok merimbun dan membentuk lapisan kanopi yang sekata. Pokok bakau mempunyai daun yang lebar dan liat. Daunnya mempunyai kelenjar yang mengeluarkan garam yang berlebihan dalam pokok ke permukaan daun. Pokok bakau mempunyai sistem akar yang terdiri daripada akar ceracak, akar jangkang dan akar banir.


Jenis-jenis akar yang terdapat di hutan paya air masin


Spesies bakau api dan perepat mempunyai akar ceracak yang merupakan akar pernafasan. Akar ini tumbuh secara menegak dan keluar dari permukaan tanah lumpur. Pokok bakau kurap dan bakau minyak mempunyai akar jangkang. Akar ini tumbuh di bahagian bawah pangkal batang pokok dan masuk kedalam lumpur. Akar-akar ini dapat menyokong pokok daripada mudah tumbang dan membolehkan pokok menyerap oksigen daripada udara ketika air pasang.


Struktur Hutan Paya Air Masin


Pokok bakau yang berakar banir tumbuh dikawasan yang lebih jauh dari pantai. Hutan paya air masin mempunyai tumbuhan bawah yang banyak. Tumbuhan hutan paya air masin berbeza-beza mengikut jarak dari laut. Dari darat ke laut terdapat pokok nibung, paku pakis laut, pokok nipah dan pokok bakau.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam...terima kasih perkongsian laman yang menarik bukan sahaja untuk subjek geografi tetapi untuk sesiapa sahaja yang mencintai alam.Tahniah cikgu!

    p/s tiada ruang untuk follow?

    ReplyDelete